Posting Terakhir…
5Nota dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di penghujung kitab Fahaman dan Ideologi Umat Islam:
Susunan buku kecil ini selesai pada hari Khamis 9 Ramadhan tahun 1410 Hijrah. Penulis memohon keampunan Allah sekiranya ada tergelincir pena dan lisan serta memohon supaya amalan ini diterima sebagai ilmu yang bermanfaat.
———————————-
Alhamdulillah… Dengan berakhirnya siri kuliyah terakhir dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam tajuk “Mazhab Akidah Dunia Islam”, maka saya mengumumkan bahawa selepas ini tidak ada lagi update baru di laman ini.
Pengunjung masih boleh melayari laman ini dan memuat turun semua kuliyah yang ada. Anda dibenarkan untuk menyebarkan segala isi blog ini tanpa apa-apa bayaran, cukuplah dengan niat menyebarkan ilmu kepada orang ramai. Semoga isi-isi blog ini memberi manfaat kepada saudara-saudari sekalian. Semoga usaha kecil saya ini akan dilihat oleh Allah… Doakan kejayaan saya di dunia dan akhirat…
Kepada yang berminat untuk mengikuti petikan kuliyah dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, anda dijemput untuk berkunjung ke laman ceramah.sementoji.net. Di sini anda akan berpeluang untuk mendengar koleksi kuliyah pilihan dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Sekian, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini..
Wallahua’lam…
Penutup
0Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Demikian huraian akidah yang perlu diketahui oleh setiap orang yang beriman. Bermula dari pendahuluan memahami makna iman, Islam dan rukun-rukunnya serta perkara yang membatalkannya secara umum. Kemudian pembaca dapat mengkaji huraian mengenai rukun-rukunnya. Seterusnya pembaca mengenali fahaman-fahaman dan mazhab-mazhab berkait dengan akidah supaya menjadi panduan kepada pembaca tidak terjerumus ke dalam lembah kesesatan.
Pengajian iman perlu membawa kepada simpulan iman yang benar dan teguh sebagaimana kenyataan Allah, surah al-Baqarah, ayat 256:
“Maka sesiapa yang tidak percayakan toghut dan beriman kepada Allah maka sesungguhnya dia berpegang pada simpulan (tali agama) yang teguh dan tidak akan terungkai.”
Iman yang sebenar mesti menolak semua ajaran, fahaman ataupun ideologi dan teori yang melampaui batas-batas Allah. Ia merangkumi semua fahaman yang dicipta pada zaman dahulu, kini dan akan datang.
Oleh itu, semua fahaman ini diperkenalkan supaya pembaca dapat mengenali yang benar daripada al-Quran dan sunnah dengan mengenali fahaman yang tidak benar dans esat daripada al-Quran dan sunnah. Buku ini mengemukakan bukti melalui kajian, sumber yang bertulis dan logik.
Ada manusia yang menerima akidah secara membuta tuli bukan secara mengkaji. Adakala mereka berhujah berdasarkan pegangan nenek moyang semata-mata tanpa mengkaji sumber yang benar dari satu masa ke satu masa mengikut perkembangan. Penyelewengan boleh berubah cara dan ikutan. Ini dibuktikan dengan kenyataan Allah dalam surah az-Zukhruf, ayat 22:
“Bahkan mereka itu berkata, “sesungguhnya kami mendapati datuk nenek moyang kami menurut satu jalan agama dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak langkah mereka sahaja.”
Kadang-kadang, mereka tidak kenal fahaman-fahaman baru kerana namanya tidak pernah disebut dalam kitab-kitab zaman dahulu. Ini kerana fahaman-fahaman baru ini tidak ada pada zaman pengarang kitab-kitab ini. Namun al-Quran dan hadis Nabi Muhammad tetap mendedahkan secara teliti sebagai bekalan umat Islam.
Isu akidah tidak boleh dicuba-cuba atau diagak-agak. Ia tidak boleh dipilih sesuka hati kerana ia bergantung pada nasib yang memerlukan petunjuk Allah dan wahyunya. Ia juga menentukan nasib mereka di akhirat sama ada ke syurga atau negara. Ia adalah keputusan yang tidak boleh dipertikai dan diminta supaya kembali ke dunia.
Mudah-mudahan, Allah mengurniakan iman dan kekuatannya serta bersikap yang tegas pada perkara-perkara yang bercanggah dengan iman. Fahaman yang bercanggah meliputi fahaman yang pupus, yang masih berselerakan dalam masyarakat atau yang bakal tercetus. Semoga Allah memelihara umat Islam daripada fitnah di dunia, di alam kubur dan hari kebangkitan semula.
Kuliyah Jumaat 04 April 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Peringatan
0Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Ada pelbagai lagi ajaran-ajaran dan pertubuhan-pertubuhan masa kini yang bertujuan merosakkan akidah. Mereka juga berjuang bagi merosakkan pegangan manusia pada Islam dengan pelbagai cara dan nama yang menarik lagi mengelirukan. Ada pertubuhan yang meraih simpati dan berpura-pura tidak bercanggah dengan Islam. Ada juga pertubuhan secara zahirnya ia bertujuan bagi memajukan Islam tetapi sebaliknya mereka menaburkan racun-racun akidah.
Antara ajaran yang mencampurkan antara satu sama lain seperti pragmatisme yang mengambil cara baru daripda fahaman Kapitalisme, Komunisme, Sosialisme dan sebagainya yang difikirkan munasabah mengikut logik. Ada juga fahaman yang meresap melalui pengaruh politik, ekonomi dan tokoh-tokoh tertentu. Perkara-perkara yang disebutkan hanya sebagai contoh peringatan supaya tidak terjerumus ke dalam ajaran-ajaran baru dan lama yang bercanggah dengan Islam. Tujuan kedua adalah supaya penganut Islam tidak melakukan kesilapan pada akidah Islam dan penganutnya. Bagi mendapatkan pengetahuan yang lebih banyak dan huraian yang panjang, pembaca boleh membuat kajian dan mengikut perkembangan yang berlaku dari semasa ke semasa. Pertarungan antara iman dan kufur adalah berpanjangan sehingga hari kiamat.
Kuliyah Jumaat 28 Mac 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Keburukan Rotary Club
5Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Rotary Club mempunyai fahaman dan kegiatan yang sama seperti Lions Club. Kedua-duanya dikuasai oleh gerakan Freemason yang mempunyai rancangan jahat kepada manusia dan Islam. Oleh itu, ia bukan sahaja berbahaya pada akidah tetapi juga mengundang bahaya pada keselamatan dan kepentingan Islam serta penganutnya.
Kuliyah Jumaat 14 Mac 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Rotary Club
0Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Rotary Club adalah pertubuhan yang berada di bawah naungan Freemason. Ia ditubuhkan di bandar Chicago, Amerika Syarikat pada 23 Februari 1905. Pengasasnya seorang pehuam bernama Paul P. Harris. Ia berkembang ke seluruh dunia sehingga pada tahun 1947, Rotary Club mempunyai cawangan di 70 negara, 6800 kelab dan 328000 ahli. Mereka berjaya menubuhkan kelab di Palestin pada tahun 1921. Semasa semangat Yahudi sedang marak, mereka terlbiat dalam penubuhan negara Israel seterusnya cawangan kelab ini berselerak di seluruh negara Arab.
Fahaman
Fahaman yang disebarkan Rotary Club adalah:
- Menganggap agama bukan masalah dan tidak penting apabila memilih ahli. Mereka juga tidak menjadikan agama sebagai masalah apabila menjalankan hubungan sesama mereka. Secara sembunyi, mereka membawa pengaruh Yahudi dalam kegiatan kelab.
- Menghapuskan sikap menunggu balasan dalam kerja kebajikan sama ada dalam bentuk material ataupun pahala.
- Mempunyai pegangan yang sama dengan Lions Club dari segi hubungan agama dan negara.
- Menonjolkan fahaman persamaan, persaudaraan dan tolong-menolong di kalangan manusia sejagat sehingga menghilangkan kesetiaan kepada agama dan bangsa serta hanyut tanpa pegangan yang sebenar.
- Menjalankan kegiatan kemasyarakatan dan kebudayaan melalui ceramah-ceramah, lawatan, forum ke arah menyamakan antara agama dan menghapuskan pertelingkahan dalam perkara itu.
- Ia berbeza dengan Freemason apabila mengumumkan perlantikan pemimpinnya secara terbuka. Freemason pula merahsiakan pemimpinnya.
- Tidak dibenarkan menubuh cawangan melainkan keizinan pemimpin antarabangsa.
Kuliyah Jumaat 29 Februari 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Keanggotaan Lions Club
0Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Syarat keanggotaan Lions Club tidak banyak berbeza dengan menganggotai pertubuhan-pertubuhan lain yang berada di bawah naungan Freemason.
Antara syarat keahliannya adalah:
- Mencegah sekeras-kerasnya kemasukan ahli yang berpegang pada akidah dan cinta kepada negaranya.
- Keanggotaannya tidak diluluskan melalui orang yang membuat permohonan untuk menjadi ahli. Permohonan mesti daripada orang yang dicadangkan menjadi ahli dan dianggap dapat mendatangkan faedah kepada pertubuhan ini.
- Keanggotaannya dari kalangan tokoh pentadbiran dan usahawan yang berjaya.
- Menarik pemuda-pemudi untuk menyertai kegiatannya supaya pertubuhan sentiasa hidup dan cergas.
- Menarik isteri-isteri kenamaan dengan memberi jawatan dan peranan supaya dapat menarik tokoh-tokoh penting bagi kepentingan persatuan mereka.
Keburukan
Pertubuhan ini mempunyai motif yang tersirat ke arah membantu kegiatan Freemason. Antaranya:
- Menghidupkan slogan “agama untuk Tuhan dan negara untuk semua”.
- Islam itu sama sahaja kedudukan dengan cara agama-agama lain samada agama samawi ataupun tidak, di samping menumpukan usaha mengelirukan umat Islam.
- Mengumpulkan maklumat kegiatan agama, politik, ekonomi dan sebagainya melalui perbuatan dan perbincangan secarta sedar atau tidak sedar dalam majlis-majlis dan pergaulan-pergaulan yang dianjurkan.
Kuliyah Jumaat 22 Februari 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Lions Club
0Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Kumpulan yang kononnya menjalankan kegiatan kemasyarakatan. Sebenarnya, ia adalah salah satu daripada cabang Freemason yang bertujuan mempengaruhi dunia. Ia ditubuhkan pada musim panas tahun 1915 di Texas, Amerika oleh penaja yang pertama iaitu Melvin Jones. Pertubuhan ini dianggotai oleh tokoh perusahaan dan pentadbiran yang terkenal di Amerika. Kemudian, ia diisytiharkan sebagai pertubuhan antarabangsa pada tahun 1917 di bandar Chicago Amerika.
Walaupun ia menjadi pertubuhan yang terbuka dan mendedahkan kegiatannya, namun rahsianya terbongkar apabila ia didalangi oleh gerakan Freemason.
Kegiatan dan Ideologi
Lions yang bermaksud singa-singa melambangkan kekuatan dan keberanian. Namun, di sebalik kegiatan-kegiatan mereka, Lions Club menarik orang ramai dengan slogan-slogan yang sangat menarik. Antaranya:
- Menyeru ke arah persaudaraan, kemerdekaan dan persamaan.
- Memberi bantuan kebajikan dan pertolongan kepada semua bangsa.
- Menghidupkan semangat persaudaraan di kalangan individu dengan mengelak daripada unsur-unsur akidah.
- Memberi perhatian kepada kesenangan masyarakat.
- Menyebarkan ilmu pengetahuan dengan semua cara yang boleh digunakan.
- Menolong orang yang cacat.
- Meringankan beban penderitaan golongan yang kurang bernasib baik dalam kehidupan hariannya.
- Memberi bantuan kepada orang tempatan.
- Mengadakan pertandingan-pertandingan hiburan.
- Membantu projek-projek kemasyarakatan.
Kuliyah Jumaat 15 Februari 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Peringkat Ahli
0Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Peringkat Ahli
Pertubuhan ini meletakkan ahlinya menurut taraf, peringkat dan darjat masing-masing. Ia tidak boleh disamakan dari segi kedudukan dan peranan. Menurut kajian yang dilakukan ke atas bebrapa ahli, mereka meletakkan darjat ahli kepada tiga:
- Ahli-ahli di peringkat permulaan.
- Ahli-ahli di peringkat kedua. Ia terdiri daripada kalangan bersedia membelakangkan ajaran agama, negara dan bangsanya. Golongan ini bersedia untuk berkhidmat bagi kepentingan perjuangan Yahudi itu. Antara orang-orang yang berada di peringkat ini ialah Winston Churchill yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri Britain (1940-1945) dan Arthur James Balfour yang pernah memegang jawatan Setiausaha Kementerian Luar Britain yang bertanggungjawab memeterai perjanjian dengan Yahudi bagi menyerahkan Palestin kepada mereka. Selain itu ada beberapa pemimpin-pemimpin dan raja-raja yang juga menjadi ejen di peringkat ini.
- Freemason sejagat iaitu peringkat yang tertinggi. Keseluruhan ahlinya daripada orang-orang Yahudi. Mereka boleh mempengaruhi pemimpin-pemimpin dunia dan beberapa raja bagi menjayakan tujuan perjuangan Freemason.
Penglibatan Gerakan Freemason Dalam Beberapa Kekacauan Dunia
Gerakan Freemason terlibat dalam kegiatan menentang umat Islam seperti peranan mereka menjatuhkan pemerintahan Uthmaniah. Ada juga gerakan menindas perjuangan umat Islam sehingga mengorbankan beberapa pemimpin Islam dan penindasan ke atas negara-negara Islam seperti di Asia Tengah, Eropah Timur dan lain-lain.
Mereka juga terlibat di sebalik Revolusi Perancis, Revolusi Komunis di Rusia dan Revolusi di England. Mereka menimbulkan kegelisahan politik antarabangsa dan mencetuskan perang yang mengorbankan berjuta-juta nyawa.
Mereka juga memainkan peranan dalam menentukan kedudukan ekonomi dunia melalui penguasaan dan pengaruh ekonomi yang berada di tangan mereka. Antaranya melalui bank dunia dan kegiatan perdagangan antarabangsa.
Kuliyah Jumaat 08 Februari 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu




Recent Comments