Archive for the ‘Bab 01-Pengenalan’ Category

Perang Siffin Mencetus Perpecahan

Wednesday, February 27th, 2008

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Dalam sejarah Islam, berlaku peristiwa menyayat hati umat Islam iaitu pembunuhan Uthman bin Affan. Beliau adalah ketua negara Islam ketiga, menantu Nabi Muhammad dan menurut beberapa laporan, beliau adalah orang yang disegani oleh malaikat. Beliau dibunuh semasa membaca al-Quran. Tragedi ini menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam sehingga tercetusnya Perang Siffin antara Ali bin Abu Talib dengan Muawiyah bin Abu Sufian dan Perang Jamal yang melibatkan Aisyah binti Abu Bakar, Thalhah dan Zubair menentang Ali bin Abu Talib. Peperangan itu bukan sahaja mengorbankan nyawa para sahabat Nabi Muhammad tetapi menimbulkan salah faham dalam bidang politik sehingga melibatkan isu akidah.

(more…)

Bahana Gunting Dalam Lipatan

Wednesday, February 27th, 2008

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

As-Syahratani menyebut dalam bukunya, al-Milal wal Nihal bahawa perkara yang berlaku pada zaman dahulu akan berlaku pada akhir zaman. Puncanya adalah sama iaitu golongan yang berpura-pura menganut Islam sentiasa menjadi ‘gunting dalam lipatan’ umat Islam. Mereka selalu mengintai ruang dan peluang bagi memesongkan fahaman orang Islam daripada ajaran sebenar. Gangguan ini mampu mencetuskan pertarungan hebat antara golongan yang menyeleweng dan golongan yang tetap berpegang pada ajaran Islam sebenar.

(more…)

Sejarah Kemunculan Mazhab Akidah IV

Tuesday, February 26th, 2008

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Antara aliran dan fahaman yang pelbagai itu, ada yang tidak membatalkan iman. Orang yang berpegang dengan fahaman itu masih dianggap sebagai penganut Islam. Namun, ada golongan yang dihukum keluar daripada Islam kerana fahaman mereka membatalkan akidah. Antara perkara yang membatalkan akidah adalah seperti berikut:

(more…)

Punca-Punca Luaran

Tuesday, February 26th, 2008

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Terdapat beberapa faktor luar dikenal pasti mempengaruhi pemikiran umat Islam. Antaranya:

  • Individu yang baru memeluk Islam terdiri daripada bekas penganut agama lain seperti Yahudi, Kristian, Majusi, Hindu dan sebagainya. Apabila mereka memeluk Islam, mereka masih berpegang pada ajaran agama lama atau amalan silam. Kemudian, fahaman dan amalan ini bercampur dengan ajaran Islam lalu membawa kepada kecelaruan yang sukar difahami.
    (more…)

Punca-Punca Dalaman

Tuesday, February 26th, 2008

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, para sahabat berselisih pendapat mengenai perlantikan khalifah atau ketua negara Islam. Para sahabat mempunyai tiga pendapat iaitu:

Pendapat pertama
Mereka berpendapat khalifah itu dipilih dan dipersetujui oleh rakyat tanpa mengira sama ada kabilah itu berpengaruh ataupun tidak. Pendapat ini dikemukakan oleh majoriti kaum Ansar. Mereka mencadangkan pemimpin kaum Khazraj, Saad bin Ubadah dilantik sebagai pemimpin umat Islam. Mereka berhujah dengan kelebihan Ansar sebagai pengikut, sahabat dan pembantu setia Nabi Muhammad. Terdapat beberapa hadis Nabi yang menyanjung mereka. Dengan hadis-hadis itu mereka berhujah,

“Dengar dan taatlah, walaupun yang menjadi ketua kamu itu seorang hamba Habsyi.”

(more…)

Sejarah Kemunculan Mazhab Akidah I

Tuesday, February 26th, 2008

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Bagi pengkaji ilmu akidah, pengajian mereka dianggap sempurna apabila mengenali pecahan-pecahan ideologi yang lahir dalam masyarakat Islam. Dalamnya berlaku perbincangan-perbincangan hangat dan menyentuh perkara yang berkaitan dengan akidah. Faktor ini disebabkan gangguan dari dalam dan luar yang menggugat iman yang sebenar. Gangguan yang lahir ini disebut dalam hadis Nabi Muhammad.

(more…)

Pemula Bicara

Tuesday, February 26th, 2008

Assalaamualaikum.
Blog ini akan memaparkan koleksi kuliyah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang mensyarahkan kitab beliau, “Lahirnya Firqah Di Kalangan Umat Islam”. Terdapat beberapa siri yang tidak dapat disiarkan atas sebab tertentu. Semoga mendapat pengajaran yang berguna dari laman ini. Terima kasih.