Posting Terakhir…
Nota dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di penghujung kitab Fahaman dan Ideologi Umat Islam:
Susunan buku kecil ini selesai pada hari Khamis 9 Ramadhan tahun 1410 Hijrah. Penulis memohon keampunan Allah sekiranya ada tergelincir pena dan lisan serta memohon supaya amalan ini diterima sebagai ilmu yang bermanfaat.
———————————-
Alhamdulillah… Dengan berakhirnya siri kuliyah terakhir dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam tajuk “Mazhab Akidah Dunia Islam”, maka saya mengumumkan bahawa selepas ini tidak ada lagi update baru di laman ini.
Pengunjung masih boleh melayari laman ini dan memuat turun semua kuliyah yang ada. Anda dibenarkan untuk menyebarkan segala isi blog ini tanpa apa-apa bayaran, cukuplah dengan niat menyebarkan ilmu kepada orang ramai. Semoga isi-isi blog ini memberi manfaat kepada saudara-saudari sekalian. Semoga usaha kecil saya ini akan dilihat oleh Allah… Doakan kejayaan saya di dunia dan akhirat…
Kepada yang berminat untuk mengikuti petikan kuliyah dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, anda dijemput untuk berkunjung ke laman ceramah.sementoji.net. Di sini anda akan berpeluang untuk mendengar koleksi kuliyah pilihan dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Sekian, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini..
Wallahua’lam…
5 comments
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.



Kenapa ceramah.sementoji.net tak boleh buka? apa link yang betul?
salam…
maaf, ceramah.sementoji.net masih dlm pembinaan.. insyaAllah nanti saya infom saudara:-)
Assalamualaikum,
Ada tak ceramah atau artikel tentang Puak Assassin yang disanjungi oleh Hassan Sabah, yang pernah menentang Templar pada masa Perang Salib?
Apakah pendapat tentang Assassin ni?
tq diats koleksi2 mutiara ilmu yg dipaparkan dlm blog ini,semoga Allah memberi ganjaran pahala yg besar kepada saudara…AllahuAkbar
ceramah.sementoji.net msih x dpt dbuka…
xkan x siap lg