Sejarah Mazhab Jabariah
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Jabariah daripada perkataan jabar (terpaksa). Maksudnya ialah terpaksa melakukan perbuatan yang terhasil daripada perbuatannya. Sedangkan perbuatan itu datang daripada Allah. Hamba itu tidak berkuasa, tidak berkehendak dan tidak ada ikhtiar baginya. Yang sebenarnya melakukan perbuatan hamba itu ialah Allah.
Jabariah ialah nama golongan yang berfahaman begitu. Mereka melampau dengan menafikan adanya kemampuan bagi seseorang hamba dan menafikan ikhtiar. Mereka berkata manusia itu sama seperti jamadat (benda yang kaku) seperti batu, kayu dan seumpamanya. Pada zahirnya sahaja kelihatan berbeza, tetapi pada hakikatnya sama sahaja.
Kesimpulannya, perbuatan manusia itu dicipta oleh Allah seperti juga jasad mereka. Sekiranya setengah daripada sifal manusia itu dicipta oleh Allah dan sebahagian daripadanya diciptakan oleh manusia sendiri, maka berlakulah syirik dalam perkara af’al (perbuatan). Perkara ini bercanggah dengan kehendak Allah dan ikhtiarnya.
Benih fahaman ini berasal daripada pegangan orang Yahudi. Kemudian, mereka mengajarkannya kepada orang-orang Islam. Orang yang pertama menyebarkan ajaran ini kepada orang orang Islam adalah Jaad bin Darham. Dia menerima ilmu yang sesat dan menyesatkan ini daripada orang-orang Yahudi. Jaad berjaya mendapat seorang murid yang menyebarkan fahamannya yang bernama Jaham bin Safuan.
Seterusnya golongan Jabariah memasukkan beberapa penyelewengan yang lain ke dalam ajaran mereka.
Para sarjana Salaf dan Khalaf menolak fahaman ini dengan sekeras-kerasnya. Antara mereka adalah sahabat Nabi Muhammad iaitu Abdullah bin Abbas. Beliau menegaskan kepada pengikut Jabariah, “Adakah kamu menyeru orang supaya bertakwa kepada Allah, sedangkan kamu menyesatkan orang-orang yang bertakwa. Adakah kamu melarang orang daripada kerosakan, sedangkan kerana rosak kamu lahirnya beberapa kerosakan. Wahai keturunan munafik, penolong orang-orang yang zalim dan penguasa masjid masjid kepunyaan orang-orang fasik. Sebenarnya daripada kamu lahir pembohong kepada Allah dengan meletakkan dosa yang dilakukan hamba kepada Allah secara berterang-terangan.”
Hasan al-Basri berkata kepada golongan Jabariah yang berada di Basrah, “Sesiapa yang tidak beriman kepada Allah, qadak dan qadarnya maka sesungguhnya dia menjadi kafir. Sesiapa yang meletakkan dosanya kepada Allah dia juga menjadi kafir.
Apabila golongan Jabariah bertapak di Nahawinah dan berleluasa di sana, Imam Abu Mansur al-Maturidi yang lahir pada abad yang keempat Hijrah berjaya mematahkan hujah Jabariah. Mazhab ini akhirnya berpecah kepada tiga kumpulan, mereka adalah:
AL- JAHMIAH
Pengikut Jaham bin Safuan. Dia melahirkan kesesatannya di Tarmiz. Dia bukan sahaja menaburkan ajaran Jabariah yang meletakkan dosa kepada Allah tetapi juga menambah dengan beberapa kesesatan yang lain, antaranya adalah:
- Menyatakan syurga dan neraka itu binasa kerana tiada sesuatu pun yang kekal abadi.
- Gerak-geri ahli syurga dan neraka itu akan berhenti kerana tiada tiap-tiap yang bergerak itu akan berhenti.
- Iman itu ialah makrifah. Kufur itu ialah jahil mengenai Allah dan hakikat-hakikat Islam. Sekiranya demikian, orang Yahudi yang mengetahui sifat-sifat Nabi Muhammad boleh dianggap beriman.
- Kalam Allah itu baru bukannya qadim (sependapat dengan Muktazilah).
- Tidak harus berserah segala sifat kepada Allah, harus berserah segala sifatnya kepada hamba.
- Menafikan melihat Allah pada hari kiamat. Menafikan Allah itu berkeadaan yang hidup dan yang mengetahui. Sebaliknya. Allah itu berkuasa mengadakan.
AL- TABARIAH
Pengikut al-Husin bin Muhammad al-Najam. Antara ajarannya adalah:
- Bersama dengan golongan Muktazilah yang menafikan sifat ilmu, berkuasa, berkehendak, hidup, mendengar dan melihat.
- Menafikan melihat Allah pada hari kiamat.
- Kalam Allah itu apabila dibaca menjadi hak dan apabila ditulis menjadi jisim.
- Iman itu ialah membenarkan. Siapa yang mengerjakan dosa besar akan mati dalam keadaan tidak bertaubat. Dia dibalas kerana dosa itu dan wajib dikeluarkan daripada neraka.
AL- DIRARIAH
Pengikut Dirar bin Amru, antara ajarannya ialah:
- Yang diterima selepas wafatnya Nabi Muhammad adalah ijmak sahaja. Segala yang diambil daripada Nabi Muhammad secara ahad (tunggal) tidak diterima.
- Adanya pancaindera tambahan daripada yang ada bagi melihat Allah pada hari kiamat.
Kuliyah Jumaat 04 Mei 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
This entry was posted by fuad on 5 March, 2008 at 03:15, and is filed under Bab 06-Jabariah. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site.
3 comments
Leave a Reply Cancel reply
You must be logged in to post a comment.



tq atas info kuliah ni..dapat bantu ana dlm assignment..=)
Assalamualaikum…saya putericahaya
dan sekarag sedanng mebuat sedikit kajian berkaitan mazhab jabarian..
disini saya ingin mengajukan beberapa soalan iaitu adakah mazhab ini bertentangan dengan islam sepemuhnya??
dan adkah ianya masih ada pngikut sehingga kini??
apakah pula hukum mengikutinya??
jawapan dari ustaz boleh lah dihantar terus ke email saya..
Amirahsauti@yahoo.com
kerjasama dri pihak tuan amat diharapkan..
syukran.. :)
Fahaman Jabariah ini ialah satu fahaman dimana Allah menguasai segala2nya. Dalam perbuatan manusia samaada baik atau buruk, semuanya dari Allah. Dan manusia tiada kuasa untuk mengubahnya.
Fahaman ini dikira sesat, sebab manusia tertakluk dibawah syariat Allah, ia itu hukum yang lima. Manusia bertanggung jawab atas perbuatanya, samaada baik atau pun yang buruk. Yang manusia tidak berkuasa ialah qada’ dan qadar, rezeki, jodoh dan ajal.