Kesesatan Golongan Qadiani/ Ahmadiah
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Para sarjana Islam di India mengadakan debat dengan golongan ini dan berjaya mematahkan hujah mereka di semua tempat. Selain itu, sarjana Islam mengarang buku-buku dan risalah berkaitan bagi menyedarkan umat Islam akan bahaya ajaran Qadiani atau Ahmadiah ini. Buku ini mendedahkan sebahagian dari kesesatannya sebagai peringatan untuk pembaca dan bahan untuk menentang hujah mereka dan orang-orang sepertinya.
Antara kesesatannya adalah:
Dalam perkara ketuhanan, dia menyamakan Tuhan dengan makhluknya. Dia mendakwa Allah itu bersembahyang, berpuasa, tidur dan berjaga, menulis, betul dan salah, berjisim dan berjuzuk, bersetubuh dan mempunyai anak dan lain-lain.
Dalam perkara kenabian, mereka menafikan Nabi Muhammad, itu adalah penutup para nabi dan rasul. Sebaliknya mereka mendakwa, nabi itu sentiasa ada termasuklah Ghulam Ahmad al-Qadiani dan ada lagi rasul selepasnya. Hujah mereka bertentangan dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 40,
“Muhammad itu bukanlah bapa daripada lelaki antara kamu tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Allah itu maha mengetahui segala sesuatu.”
Para pengikut Ghulam Ahmad mendakwa dia menerima wahyu dan kitab daripada Malaikat Jibril. Kitab yang didakwa itu dinamakan kitab al-Mubin. Isi kandungannya penuh dengan kebodohan dan susunan ayat yang tidak tersusun. Ghulam Ahmad mendakwa malaikat yang datang menemuinya berwajah pemuda Inggeris. Pengikutnya percaya kedudukan Ghulam Ahmad dengan Nabi Muhammad seperiti kedudukan Nabi Harun dengan Nabi Musa.
Pengikut Qadiani mendakwa daerah Qadian adalah tanah suci yang lebih mulia daripada Mekah dan Madinah. Kedudukannya seperti tanah haram yang perlu dilakukan ibadah-ibadah tertentu bagi menghormatinya.
Bagi mereka, haji adalah berhimpun di bandar Qadian.
Membatalkan jihad. Allah pernah membenarkan bunuh kanak-kanak pada zaman Nabi Musa. Amalan itu dimansuhkan oleh Nabi Muhammad dengan tidak membenarkan membunuh kanak-kanak dan perempuan. Kini, Ghulam Ahmad pula memansuhkan hukum jihad.
Menghina para sahabat termasuk Husain dan Hasan, cucu kesayangan Nabi Muhammad. Dia pernah berkata dalam poket aku ini ada 100 Husin. Dia juga mendakwa dirinya lebih baik daripada Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan para sahabat yang lain.
Wajib taat kepada kerajaan Inggeris kerana mereka menjadi pemerintah (wali amri) kepada orang-orang Islam. Umat Islam wajib memberi kesetiaan (walak) kepada mereka.
Tidak membenarkan pengikutnya bersembahyang dan berkahwin dengan umat Islam. Namun, sembelihan orang-orang Islam boleh dimakan seperti hukum sembelihan ahli kitab.
Menghalalkan arak dan judi yang menjadi kegemaran Ghulam Ahmad dan beberapa pemimpin ajaran Qadiani. Bagi Ghulam Ahmad, khayal candu bukan mabuk tetapi tenggelam dalam makrifah Allah.
Kuliyah Jumaat 14 September 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Download Kuliyah
This entry was posted
on Saturday, April 26th, 2008 at 05:46 and is filed under Bab 15-Qadiani/ Ahmadiah.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
Astagfirullah…. Semua ini adalah fitnah… Sepatutnya uztad mendengar sendiri dari kalangan Ahmadi bukan dari pendapat org yang membenci Ahmadi…. Tulisan seperti ini menunjukkan Tuan Guru seolah2 bukan ilmuan…. Pendapat ini akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt kelak….
love4all
Pendengar tidak merasa aneh kah jika mendengar suatu ucapan daripada seorang yang dianggap berilmu, ahli ibadah, tau halal haram, tetapi isi ucapannya hanya semata-mata dusta dan dibuat-buat belaka? seharusnya ucapan itu mengandungi hikmah dan berlandaskan kebenaran, dan bukan berisikan hal-hal yang tidak munasabah. Apapun terima kasih kerana telah menyempurnakan ramalan-ramalan orang-orang suci terdahulu bahawa penentang Imam Mahdi adalah para ulama/ cerdikpandai.
http://barahinahmadi.blogspot.com/2009/10/respon-to-kuliah-hadi-awang.html
Kuliyah Mazhab Akidah Dunia Islam
Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Kesesatan Golongan Qadiani/ Ahmadiah
Para sarjana Islam di India mengadakan debat dengan golongan ini dan berjaya mematahkan hujah mereka di semua tempat. Selain itu, sarjana Islam mengarang buku-buku dan risalah berkaitan bagi menyedarkan umat Islam akan bahaya ajaran Qadiani atau Ahmadiah ini. Buku ini mendedahkan sebahagian dari kesesatannya sebagai peringatan untuk pembaca dan bahan untuk menentang hujah mereka dan orang-orang sepertinya.
ISLAHDIN >> Tuan Guru, hujah hanya boleh ditentang jika hujah itu tidak ada dasarnya. Orang Ahmadiyah sudah mengkaji kesemua fitnah-fitnah yang akan Tuan Guru dan orang-orang seperti tuan guru lemparkan. sebab Ahmadiyah tahu bahawa tuan guru dan yang lain tidak mempunyai asas untuk menghadapi orang-orang Ahmadiyah, yang ada hanyalah fitnah-fitnah. Memang bagi orang yang baru dan tidak mempunyai pengetahuan, mereka boleh percaya kata-kata anda semua lalu ikut kepada anda, tetapi bagi orang Ahmadi yang sejati, mereka hanya tersenyum mendengar kuliah, ucapan, dan tulisan yang berunsurkan fitnah seperti ini.
Antara kesesatannya adalah:
• Dalam perkara ketuhanan, dia menyamakan Tuhan dengan makhluknya. Dia mendakwa Allah itu bersembahyang, berpuasa, tidur dan berjaga, menulis, betul dan salah, berjisim dan berjuzuk, bersetubuh dan mempunyai anak dan lain-lain.
ISLAHDIN >> Darimana dasarnya ucapan yang tuan guru ini petik.
• Dalam perkara kenabian, mereka menafikan Nabi Muhammad, itu adalah penutup para nabi dan rasul. Sebaliknya mereka mendakwa, nabi itu sentiasa ada termasuklah Ghulam Ahmad al-Qadiani dan ada lagi rasul selepasnya. Hujah mereka bertentangan dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 40,
“Muhammad itu bukanlah bapa daripada lelaki antara kamu tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Allah itu maha mengetahui segala sesuatu.”
ISLAHDIN >> Bukan hanya kalian, Ahmadiyah juga percaya Nabi Muhammad adalah nabi dan rasul yang terakhir. tidak ada lagi nabi dan rasul lain yang membawa syariat baru menandingi syariat yang telah dibawa oleh Rasulullah(saw), syariat Islam adalah syariat yang lengkap dan tidak ada penambahan dan pengurangan dalam ajarannya. jika ada suatu ajaran yang bertentangan dengan ajaran nabi Muhammad, pasti ajaran itu dengan sendirinya tertolak. Ahmadiyah hanya menyatakan bahawa pangkat kenabian boleh diperolehi oleh umat nabi Muhammad jika Allah mengkehendaki. Ini kerana, Allah sahaja yang mengetahui siapa yang layak mendapat pangkat nabi, dan tidak ada campurtangan makhluk di dalamnya.
• Para pengikut Ghulam Ahmad mendakwa dia menerima wahyu dan kitab daripada Malaikat Jibril. Kitab yang didakwa itu dinamakan kitab al-Mubin. Isi kandungannya penuh dengan kebodohan dan susunan ayat yang tidak tersusun. Ghulam Ahmad mendakwa malaikat yang datang menemuinya berwajah pemuda Inggeris. Pengikutnya percaya kedudukan Ghulam Ahmad dengan Nabi Muhammad seperiti kedudukan Nabi Harun dengan Nabi Musa.
ISLAHDIN >> Soal wahyu, siapa yang telah memutuskan silsilah wahyu? Siapa yang mengatakan bahawa Allah sekarang ini sudah berhenti bercakap-cakap sebagaimana Dia bercakap-cakap dahulu dengan hamba-hamba yang dikehendaki-Nya? Siapa yang mengatakan Malaikat Jibril sekarang sudah berhenti/pencen dalam melaksanakan tugasnya sebagai pembawa wahyu? Ahmadiyah percaya bahawa sifat Allah tidak berubah sampai bila-bila, dahulu Dia bercakap-cakap, sekarang dan akan datang pun akan terus bercakap-cakap.
Soal kitab, Ahmadiyah tetap berpegang teguh kepada kitab Al-Qur’an, janganlah ikut emosi anda dengan memberikan fitnah bahawa Ahmadiyah mempunyai kitab yang lain.
• Pengikut Qadiani mendakwa daerah Qadian adalah tanah suci yang lebih mulia daripada Mekah dan Madinah. Kedudukannya seperti tanah haram yang perlu dilakukan ibadah-ibadah tertentu bagi menghormatinya.
ISLAHDIN >> Sebagaimana umat Islam yang lain memuliakan sesuatu tempat, demikian juga Ahmadiyah memuliakan Qadian sebagai tempat kelahiran Pengasas Jemaat Ahmadiyah.
• Bagi mereka, haji adalah berhimpun di bandar Qadian.
ISLAHDIN >> Ini fitnah yang cukup besar buat Ahmadiyah, jikalau benar Ahmadiyah haji ke Qadian, tidak perlu susah-susah lagi orang Ahmadiyah pergi mendaftar diri untuk turut serta dalam melaksanakan haji di Mekah sehingga timbul kes Arab Saudi melarang orang Ahmadiyah menunaikan haji di Mekah. http://dunia.pelajar-islam.or.id/dunia.pii/209/saudi-larang-ahmadiyah-berhaji.html.
• Membatalkan jihad. Allah pernah membenarkan bunuh kanak-kanak pada zaman Nabi Musa. Amalan itu dimansuhkan oleh Nabi Muhammad dengan tidak membenarkan membunuh kanak-kanak dan perempuan. Kini, Ghulam Ahmad pula memansuhkan hukum jihad.
ISLAHDIN >> Jihad bermaksud berjuang di jalan Allah, tidak semestinnya jihad itu mesti membunuh orang lain dengan melakukan pengeboman berani mati. Kalau Ahmadiyah tidak berjihad, sudah tentu pengikutnya tidak boleh bertambah sehingga menurut kenyataan Kosmo bahawa sudah mencecah 200 juta orang di seluruh dunia. Ahmadiyah setiap hari berjihat mengorbankan masa, wang ringgit, tenaga, perasaan (tetap bersabar walau difitnah berbagai-bagai),
• Menghina para sahabat termasuk Husain dan Hasan, cucu kesayangan Nabi Muhammad. Dia pernah berkata dalam poket aku ini ada 100 Husin. Dia juga mendakwa dirinya lebih baik daripada Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan para sahabat yang lain.
ISLAHDIN >> Pelajarilah dan kajilah lebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.
• Wajib taat kepada kerajaan Inggeris kerana mereka menjadi pemerintah (wali amri) kepada orang-orang Islam. Umat Islam wajib memberi kesetiaan (walak) kepada mereka.
ISLAHDIN >> Ahmadiyah mengatakan taat kepada pemerintah (ulil amri), bukan taat kepada kerajaan Inggeris. mungkin benar kalau berada di negara orang Inggeris, tetapi kalau tinggal di Malaysia, taatlah kepada pemerintah Malaysia walau bangsa apapun, dan ketaatan itupun hanya pada soal pemerintahan duniawi. tetapi soal keyakinan, kerajaan tidak boleh paksa untuk menerima akidah atau kepercayaannya. apalagi kalau kerajaan berusaha melarang dari beribadat. tapi kerajaan Malaysia masih berpegang pada undang-undang, orang Hindu bebas beribadat mengikut caranya, Kristian dengan caranya, dan lain-lain. tetapi sayang, ada juga pihak yang tidak mahu menerima hakikat ini.
• Tidak membenarkan pengikutnya bersembahyang dan berkahwin dengan umat Islam. Namun, sembelihan orang-orang Islam boleh dimakan seperti hukum sembelihan ahli kitab.
ISLAHDIN >> Ketenangan dalam beribadat itu amat penting, dan juga kebahagian hidup berkeluarga itu juga tidak kurang pentingnya.
bagaimana seorang Ahmadi sanggup solat di belakang orang yang menganggapnya bukan Islam? Selain Ahmadiyah, banyak kes seperti ini berlaku, orang syiah tidak solat di belakang orang sunni, atau pengikut suatu parti politik tidak mahu solat di belakang pengikut parti politik yang lain. jadi, bukan hanya Ahmadiyah yang harus dipersoalkan. Ahmadiyah lebih mengutamakan ketenangan dalam beribadat, dilarang solat di sesuatu tempat, Ahmadiyah bukan berhenti solat tetapi mencari tempat yang lebih tenang dalam melaksanakan tanggungjawab kepada Allah ini.
Begitu juga soal perkahwinan, mana mungkin seorang Ahmadi sanggup menikahi orang yang mengatakan dirinya sesat atau bukan Islam dan lain-lain.
• Menghalalkan arak dan judi yang menjadi kegemaran Ghulam Ahmad dan beberapa pemimpin ajaran Qadiani. Bagi Ghulam Ahmad, khayal candu bukan mabuk tetapi tenggelam dalam makrifah Allah.
ISLAHDIN >> Mirza Ghulam Ahmad mengatakan; “Barangsiapa yang tidak benar-benar bertaubat dari tiap-tiap keburukan dan dari tiap perbuatan buruk seperti minum minuman keras, berjudi, memandang dengan pandangan berahi, khianat, memberi dan menerima rasuah, dan dari setiap perbuatan yang tidak halal, ia bukanlah dari Jemaatku”.
Jadi, bagaimana seorang yang bergelar TUAN GURU ini sanggup membuat tuduhan yang begitu hina?
Kuliyah Jumaat 14 September 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
• Menghalalkan arak dan judi yang menjadi kegemaran Ghulam Ahmad dan beberapa pemimpin ajaran Qadiani. Bagi Ghulam Ahmad, khayal candu bukan mabuk tetapi tenggelam dalam makrifah Allah.
ISLAHDIN >> Mirza Ghulam Ahmad mengatakan; “Barangsiapa yang tidak benar-benar bertaubat dari tiap-tiap keburukan dan dari tiap perbuatan buruk seperti minum minuman keras, berjudi, memandang dengan pandangan berahi, khianat, memberi dan menerima rasuah, dan dari setiap perbuatan yang tidak halal, ia bukanlah dari Jemaatku”.
Jadi, bagaimana seorang yang bergelar TUAN GURU ini sanggup membuat tuduhan yang begitu hina?
TOK GURU KITA NI BELAJAR DARI SUMBER MANA ? SEBELUM MENYAMPAIKAN SESUATU, FIKIRKAN LAH KESANNYA.,JANGAN KERANA UCAPAN KITA ORANG AKAN PANDANG SERONG TERHADAP DIRI KITA.