Peringkat Ahli

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Peringkat Ahli

Pertubuhan ini meletakkan ahlinya menurut taraf, peringkat dan darjat masing-masing. Ia tidak boleh disamakan dari segi kedudukan dan peranan. Menurut kajian yang dilakukan ke atas bebrapa ahli, mereka meletakkan darjat ahli kepada tiga:

  • Ahli-ahli di peringkat permulaan.
  • Ahli-ahli di peringkat kedua. Ia terdiri daripada kalangan bersedia membelakangkan ajaran agama, negara dan bangsanya. Golongan ini bersedia untuk berkhidmat bagi kepentingan perjuangan Yahudi itu. Antara orang-orang yang berada di peringkat ini ialah Winston Churchill yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri Britain (1940-1945) dan Arthur James Balfour yang pernah memegang jawatan Setiausaha Kementerian Luar Britain yang bertanggungjawab memeterai perjanjian dengan Yahudi bagi menyerahkan Palestin kepada mereka. Selain itu ada beberapa pemimpin-pemimpin dan raja-raja yang juga menjadi ejen di peringkat ini.
  • Freemason sejagat iaitu peringkat yang tertinggi. Keseluruhan ahlinya daripada orang-orang Yahudi. Mereka boleh mempengaruhi pemimpin-pemimpin dunia dan beberapa raja bagi menjayakan tujuan perjuangan Freemason.
  • Penglibatan Gerakan Freemason Dalam Beberapa Kekacauan Dunia

    Gerakan Freemason terlibat dalam kegiatan menentang umat Islam seperti peranan mereka menjatuhkan pemerintahan Uthmaniah. Ada juga gerakan menindas perjuangan umat Islam sehingga mengorbankan beberapa pemimpin Islam dan penindasan ke atas negara-negara Islam seperti di Asia Tengah, Eropah Timur dan lain-lain.

    Mereka juga terlibat di sebalik Revolusi Perancis, Revolusi Komunis di Rusia dan Revolusi di England. Mereka menimbulkan kegelisahan politik antarabangsa dan mencetuskan perang yang mengorbankan berjuta-juta nyawa.

    Mereka juga memainkan peranan dalam menentukan kedudukan ekonomi dunia melalui penguasaan dan pengaruh ekonomi yang berada di tangan mereka. Antaranya melalui bank dunia dan kegiatan perdagangan antarabangsa.

    Kuliyah Jumaat 08 Februari 2008
    Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

    Download Kuliyah

    Leave a Reply