Lions Club

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Kumpulan yang kononnya menjalankan kegiatan kemasyarakatan. Sebenarnya, ia adalah salah satu daripada cabang Freemason yang bertujuan mempengaruhi dunia. Ia ditubuhkan pada musim panas tahun 1915 di Texas, Amerika oleh penaja yang pertama iaitu Melvin Jones. Pertubuhan ini dianggotai oleh tokoh perusahaan dan pentadbiran yang terkenal di Amerika. Kemudian, ia diisytiharkan sebagai pertubuhan antarabangsa pada tahun 1917 di bandar Chicago Amerika.

Walaupun ia menjadi pertubuhan yang terbuka dan mendedahkan kegiatannya, namun rahsianya terbongkar apabila ia didalangi oleh gerakan Freemason.

Kegiatan dan Ideologi

Lions yang bermaksud singa-singa melambangkan kekuatan dan keberanian. Namun, di sebalik kegiatan-kegiatan mereka, Lions Club menarik orang ramai dengan slogan-slogan yang sangat menarik. Antaranya:

  • Menyeru ke arah persaudaraan, kemerdekaan dan persamaan.
  • Memberi bantuan kebajikan dan pertolongan kepada semua bangsa.
  • Menghidupkan semangat persaudaraan di kalangan individu dengan mengelak daripada unsur-unsur akidah.
  • Memberi perhatian kepada kesenangan masyarakat.
  • Menyebarkan ilmu pengetahuan dengan semua cara yang boleh digunakan.
  • Menolong orang yang cacat.
  • Meringankan beban penderitaan golongan yang kurang bernasib baik dalam kehidupan hariannya.
  • Memberi bantuan kepada orang tempatan.
  • Mengadakan pertandingan-pertandingan hiburan.
  • Membantu projek-projek kemasyarakatan.
  • Kuliyah Jumaat 15 Februari 2008
    Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

    Download Kuliyah

    Leave a Reply