Rotary Club

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Rotary Club adalah pertubuhan yang berada di bawah naungan Freemason. Ia ditubuhkan di bandar Chicago, Amerika Syarikat pada 23 Februari 1905. Pengasasnya seorang pehuam bernama Paul P. Harris. Ia berkembang ke seluruh dunia sehingga pada tahun 1947, Rotary Club mempunyai cawangan di 70 negara, 6800 kelab dan 328000 ahli. Mereka berjaya menubuhkan kelab di Palestin pada tahun 1921. Semasa semangat Yahudi sedang marak, mereka terlbiat dalam penubuhan negara Israel seterusnya cawangan kelab ini berselerak di seluruh negara Arab.

Fahaman

Fahaman yang disebarkan Rotary Club adalah:

  • Menganggap agama bukan masalah dan tidak penting apabila memilih ahli. Mereka juga tidak menjadikan agama sebagai masalah apabila menjalankan hubungan sesama mereka. Secara sembunyi, mereka membawa pengaruh Yahudi dalam kegiatan kelab.
  • Menghapuskan sikap menunggu balasan dalam kerja kebajikan sama ada dalam bentuk material ataupun pahala.
  • Mempunyai pegangan yang sama dengan Lions Club dari segi hubungan agama dan negara.
  • Menonjolkan fahaman persamaan, persaudaraan dan tolong-menolong di kalangan manusia sejagat sehingga menghilangkan kesetiaan kepada agama dan bangsa serta hanyut tanpa pegangan yang sebenar.
  • Menjalankan kegiatan kemasyarakatan dan kebudayaan melalui ceramah-ceramah, lawatan, forum ke arah menyamakan antara agama dan menghapuskan pertelingkahan dalam perkara itu.
  • Ia berbeza dengan Freemason apabila mengumumkan perlantikan pemimpinnya secara terbuka. Freemason pula merahsiakan pemimpinnya.
  • Tidak dibenarkan menubuh cawangan melainkan keizinan pemimpin antarabangsa.
  • Kuliyah Jumaat 29 Februari 2008
    Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

    Download Kuliyah

    Leave a Reply