Perkhidmatan Iklan

Salam.

Bagi menampung kos penyelenggaraan web ini yang agak tinggi, pihak kami ingin menawarkan perkhidmatan iklan kepada pengunjung yang berminat dengan harga yang berpatutan.

Pihak kami menerima kunjungan sekitar 60-100 sehari. Dalam minggu ini sahaja, pihak kami telah menerima 634 pengunjung.

Jadi dengan bilangan pengunjung yang ramai, peluang untuk iklan anda menarik perhatian juga besar, InsyaAllah.

Kami menyediakan dua pakej kepada yang berminat.

Pakej A:

Saiz iklan: 185px × 70px

Contoh:

Kedudukan: Sebelah kanan laman (laman utama/homepage)
Harga: RM35/bulan

=================================

Pakej B:

Saiz iklan: 185px × 70px

Kedudukan: Bahagian bawah setiap posting

harga: RM25/bulan

=================================

Pakej C:

Saiz iklan: 468px × 60px

Kedudukan: Bahagian atas setiap posting

harga: RM30/bulan

=================================

Pakej D:

Saiz iklan: 468px × 60px

Kedudukan: Bahagian atas laman

harga: RM45/bulan

Oleh kerana iklan pada laman utama/homepage sudah pasti akan dilihat oleh pengunjung, maka caj untuk ruang di sini juga lebih berbanding iklan di posting.

Bagi setiap pakej, pihak kami menawarkan perkhidmatan reka bentuk iklan kepada pelanggan dengan caj tambahan RM5 bagi setiap reka bentuk iklan. Walau bagaimanapun pelanggan boleh mereka bentuk sendiri iklan dan kami tidak akan mengenakan caj tambahan RM5.

Terma & Syarat:

  1. Tempoh langganan minimum adalah selama 1 Bulan.
  2. Tempoh langganan akan bermula sebaik sahaja kami memaparkan banner pelanggan di panel pengiklanan yang dipilih melainkan jika pelanggan memaklumkan tarikh spesifik untuk memulakan tempoh langganan di laman ini.
  3. Iklan hanya akan mula dipaparkan selepas pelanggan membayar bil langganan iklan.
  4. Kesemua pembayaran adalah muktamad. Tidak ada REFUND dalam apa jua isu sekalipun setelah pembayaran dibuat.
  5. Hanya iklan produk/projek berunsur positif sahaja yang dibenarkan.
  6. Pengiklanan perniagaan atau produk seks tidak dibenarkan.
  7. Semua iklan hendaklah menutupi aurat.
  8. Format banner yang dibenarkan adalah gif, jpg dan png yang tidak melebihi saiz yang telah ditetapkan. Flash banner tidak diterima.

Jika anda berminat, bolehlah menghubungi kami di e-mail:

dengan menyertakan:

  1. Nama perniagaan/aktiviti/projek.
  2. Alamat perniagaan/rumah.
  3. Nama anda.
  4. Nombor telefon/perhubungan.
  5. Pakej pilihan.
  6. Tempoh langganan (minimum: 1 bulan) & tarikh mula pengiklanan.
  7. Pautan kepada laman web perniagaan/aktiviti/projek.
  8. Banner pengiklanan mengikut saiz dan ukuran yang telah ditetapkan jika memilih untuk tidak menggunakan servis rekabentuk banner oleh pihak kami.

Sekian. Wallahua’lam…

Leave a Reply