Pengenalan

Assalaamualaikum.
Blog ini akan memaparkan koleksi kuliyah Jumaat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila yang mensyarahkan kitab beliau, “Lahirnya Beberapa Firqah Di Kalangan Umat Islam”. Kuliyah ini memaparkan perbincangan sekitar lahirnya pelbagai mazhab Akidah dalam dunia umat Islam seperti Sunnah, Syiah, Murjiah, Qadariah dan sebagainya. Saya ingin berkongsi koleksi rakaman audio dan video yang saya kumpul melalui muat turun dan pembelian vcd dengan mengambil syarah kitab ini sahaja, dan memotong bahagian syarah Riadhus Shalihin dan Tafsir yang juga merupakan bahagian dalam kuliyah Jumaat Tuan Guru.

Terdapat juga beberapa siri yang tidak dapat disiarkan atas sebab tertentu. Semoga mendapat pengajaran yang berguna dari laman ini. Terima kasih.

Wallahua’lam..

Fuad
Webmaster

Kemunculan pelbagai mazhab dan pecahan fahaman akidah dipengaruhi oleh faktor asing daripada prinsip akidah yang sebenar. Walaupun perselisihan ini berlaku di peringkat awal generasi umat Islam namun pegangan pada al-Quran dan sunnah masih kukuh. Al-Quran dan sunnah menjadi sumber asal ajaran Islam dan penyelesaian yang menyelamatkan umat daripada terjebak dalam penyelewengan akidah yang ketara. Generasi al-Salaf as-Soleh juga muncul dengan akidah yang unggul dan mengutamakan ikatan persaudaraan Islam berjaya mengatasi cabaran dalaman dan luaran.

Kini, musuh Islam menentang Islam dari luar dan dalam dengan menumpukan fahaman akidah memberi kesan yang berbahaya. Ia melibatkan fahaman dan kumpulan yang lama diasaskan dan ideologi moden yang wujud pada zaman penjajahan. Ideologi moden dibawa oleh fahaman sekular yang menular ke dalam masyarakat Islam. Kemudian, ia menyadurkan dengan nama Islam lalu mewujudkan fenomena baru yang membahayakan akidah.

Saya kemukakan kajian ringkas ini untuk tatapan pembaca bab Akidah supaya akidah dapat dipelihara dengan sebaiknya. Walau apa jua cabaran yang dihadapi, gerakan pembaharuan akidah dapat menyelamatkan umat Islam dalam bentuk dan ulasan yang pelbagai. Mudah-mudahan, sumbangan ini diterima Allah dan menjadi ilmu yang bermanfaat untuk generasi kini dan seterusnya.

Abdul Hadi Awang

Leave a Reply